Omega Guard,  travel

9 Tempat Makan yang Wajib Anda Pergi Kalau ke Penang

Penang merupakan syurga makanan yang selalu menjadi tumpuan orang ramai. Dengar je Penang orang akan bayangkan makanan sedap sedap sebab orang Penang memang pandai masak kot.haha.. Jadi, kalau nak buat trip Jalan jalan Cari Makan (JJCM) Penang la lokasi paling terbaik! Trip kami ke Penang tahun lepas lebih kepada trip JJCM. Misi JJCM kami bermula pada hari kedua di Penang.=)

Untuk tempat tempat lain yang kami lawati dan hotel yang kami duduk boleh rujuk di Post sebelum ini.

https://zatiramlee.com/tempat-menarik-di-penang/

Deen Maju

Lokasi pertama hari kedua ialah DEEN MAJU. Yang bestnya DEEN MAJU ni terletak dekat sangat dengan hotel kami duduk, jalan kaki dalam 5 minit. DEEN MAJU ni bukak pukul 2.30 petang sampai 11 malam. Jadi sebelum nak tunggu lunch kat situ, lebih baik lapik perut ke apa dulu sebab dah sampai situ kena beratur panjang plak average 30 minit -1 jam nak sampai turn. Tapi seriously korang takkan menyesal sebab memang terbaik nasi kandar dia dengan harga yang berpatutan. Jemput tengok menu kami, sotong, udang semua ada. dalam RM100 rasanya tapi memang amik lauk pun yang mahal. kalau ayam n sayur je tak sampai RM10 pun sepinggan.

 

Mee Sotong

Selesai lunch kami balik hotel sempat la swimming dulu bakar lemak. hehe. Lepas tu dalam 6.30 petang terus gerak ke Padang kota plak. Kali ni pekena MEE SOTONG plak. Kedai mee sotong ni bukan dekat area pasembor tu. dia kat food court area tengah tengah Padang kota, sebelah Fort Cornwallis. First time try ni, sedap juga la. Itu konon minum petang hehee..

Nasi Kandar Beratur

Selesai mee sotong, kami pergi layan wayang plak dekat First Avenue sementara nak tunggu NASI KANDAR BERATUR bukak. Tengok tengok habis wayang pun dekat pukul 12 lebih tapi misi masih diteruskan. Terus gerak ke NASI KANDAR BERATUR. tak lapar pun tapi saja nak rasa. =). Nasi Kandar Beratur ni bersebelahan dengan Masjid India. Bagi saya, sedap lagi nasi kandar Deen Maju.

Jadi selesai la hari kedua kami di Penang. Semua tempat tempat makan ni sekitar Georgetown je. Jadi kalau nak pergi better book hotel area Georgetown juga. Senang..

Food Court Taman Tun Sardon

Pagi hari ketiga kami keluar cari breakfast. Breakfast hotel? tak pandang sangat. haha. Lokasinya mestila Food Court TAMAN TUN SARDON terletak di sebelah pasar Tun Sardon. Orang memang ramai dan makanan pun banyak pilihan serta murah. Dan semestinya sedap sedap belaka. Antara yang famous kat situ, serabai, nasi lemuni, roti daging, lontong dan macam macam lagi. Wajib pergi tau kalau ke PENANG.

Bukit Bendera

Lepas kenyang kami balik ke hotel, siap siap dan check out. Dan lokasi seterusnya ialah BUKIT BENDERA. Antara lokasi yang dituju di Bukit Bendera ialah food court die. Ada byk byk jenis ais kacang yg viral tu. Fuh rambang mata, tapi share je ngn suami sebab besar.

Laksa Janggus

Dah turun dr Bukit Bendera kami gerak ke Balik Pulau plak. Apa lagi kalau bukan LAKSA JANGGUS. Waktu tu dah pukul 4 lebih rasanya. Memang kami tak lunch pun. Kenyang makan kat Tun Sardon n makan ais kacang je kt bukit bendera. Laksa ni memang sedap la. Penuh orang dan yang best pisang goreng dia.
Selesai laksa, baru nk check in hotel. Hehe. Kali ni saja try lexis penang lak. Dkt je ngn balik pulau ni. Lexis ni kat Teluk Kumbar. Dah check in memang layan je la bilik n swimming pool dia. terima kasih hubby ku blnja hotel.

Ilyana Cafe

Ok untuk dinner plak, kami pergi ILYANA CAFE . Restoran ni dekat sangat dengan hotel. Kami memang jalan kaki je. Restoran ni sebenarnya arwah abah yang selalu bawak dulu. Yg bestnya kat situ kari dia. Tengok je la gambar makanan kami selepas tak lunch haha. Memang pulun habis.

Food Court Medan Suri

Esok nya iaitu hari keempat, breakfast kat hotel je. Lepas check out, operasi mencari jeruk pak ali plak. Ak pun bawak la pergi medan suri ingatkan ada lagi. Tapi rupanya dah tutup. Tapi sempat makan pasembor lak kat medan suri. Kat situ ad jgk peneram yg sedap. Crunchy tau walaupun dah sejuk. Btw, jeruk pak ali ada depan station bus Sungai Nibong.

Din Skot

Dah selesai misi beli jeruk, kami bergerak naik jambatan. Tapi tak nak balik Ipoh lagi. Haha. Teruskan misi jjcm kat seberang pula. Kami pergi DIN SKOT. Kat sini yg famous nya mee udang. Restoran ni bukak pukul 2 pm. Kuah mee udang dia memang sedap dan udangnya pun fresh.

Dah selesai makan, baru la betul betul gerak balik ke Ipoh. Jemput tengok gambar makanan kami. Maka selesaila trip Penang kami selama 4 hari 3 malam. Terima kasih team jjcm Penang suamiku, Mr Faiz, Acap dan Anis . Nanti kite repeat tempat lain lak. Semoga membantu sesiapa yang nak buat plan ke Penang.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge