Vitamin C,  Vivix

Atasi PCOS jika tidak mahu Kencing Manis.

PCOS adalah penyakit yang menyerang wanita. Selalunya PCOS dapat dikenal pasti jika seseorang itu mengalami masalah kesuburan. Boleh baca lebih lanjut berkenaan PCOS di artikel di bawah,

https://zatiramlee.com/saya-dan-suami-sudah-berkahwin-6-tahun-lebih-setiap-pasangan-mesti-idamkan-anak-kan/

https://zatiramlee.com/pcos-punca-tidak-subur-kenali-punca-dan-simptomnya/

https://zatiramlee.com/cara-mengatasi-pcos-secara-semulajadi

Asalnya PCOS berkaitan dengan hormon, tetapi jika dibiarkan ia boleh menyebabkan penyakit-penyakit yang lebih kritikal.

Kencing manis

Hormon juga berkaitan dengan kencing manis. Pankreas salah satu organ dalam badan yang berfungsi untuk menghasilkan hormon insulin. Hormon insulin ini berfungsi untuk menukarkan gula dalam darah kepada tenaga. Tetapi jika mengalami masalah PCOS, kesensitifan hormon insulin terhadap gula ini berkurang, jadi kandungan gula dalam darah meningkat. Dan kejadian ini menyebabkan kencing manis.

Kurang subur

Untuk hamil, seseorang wanita perlu menghasilkan telur. Wanita yang tidak dapat menghasilkan telur dengan teratur (PCOS) untuk disenyawakan mengalami masalah untuk hamil. Maka, PCOS punca ketidakhamilan.

Sindrom metabolik

Kira-kira 80 peratus wanita PCOS adalah berlebihan berat badan atau obesiti. Obesiti dan PCOS meningkatkan risiko gula darah tinggi, tekanan darah tinggi, kolesterol HDL (“baik”), dan kolesterol LDL (“buruk”) yang tinggi.

Faktor ini disebut sindrom metabolik, dan mereka meningkatkan risiko penyakit jantung, diabetes, dan stroke.

Kanser endometrium

Semasa ovulasi, lapisan dinding uterus berkumpul. Jika anda tidak ovulate setiap bulan, lapisan boleh membina. Lapisan rahim yang tebal dapat meningkatkan risiko kanser endometrium.

Depresi

Perubahan hormon seperti pertumbuhan rambut yang tidak diingini boleh menjejaskan emosi. Ramai PCOS mengalami kemurungan. Kemurungan boleh menjejaskan aktiviti harian dan kerjaya anda.

Kesimpulannya, pelbagai masalah akan timbul jika PCOS tidak diatasi. Ye, PCOS tidak akan dapat hilang sepenuhnya tetapi kita mampu mengawalnya. Pastikan kitaran haid anda normal, bacaan gula anda normal. InsyaAllah penyakit penyakit takut nak datang.

Saya juga pernah mengalami masalah PCOS yang teruk. Nak tahu apa saya buat dan amalkan ? Jom hubungi saya.

Izzati Ramlee, 012–4701404

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge