Omega Guard,  Uncategorized,  Vitamin C,  Vivix

Bell’s palsy Bukan Strok tapi Memudaratkan

Siapa pernah dengar pasal Bell’s palsy? Honestly, saya baru tahu pasal penyakit ni waktu drama AKU BUKAN BIMBO. Shaheizy Sam kena Bell’s palsy. Waktu tu la start google pasal Bell’s palsy ni.

Sebenarnya, bell’s palsy merupakan lumpuh di salah satu sisi di rajah muka tetapi bersifat sementara. Wajah kelihatan senget atau jatuh sebelah disebabkan bell’s palsy ni. Antara punca utama Bell’s palsy ialah apabila saraf di muka tidak dapat berfungsi dengan baik.

Menurut Dr Loganathan, Bell’s palsy hanya kelumpuhan di bahagian muka dan bukan berpunca daripada tekanan darah tinggi, kencing manis atau apa-apa penyakit lain. Ini berlainan pula dengan pesakit strok. Pesakit strok bukan sahaja mengalami kelumpuhan di muka, tetapi juga di tangan dan anggota lain.

Setakat ini, belum ada punca specifik penyebab penyakit ini. Antara punca yang kurang pasti Bell’s palsy mungkin disebabkan radang akibat jangkitan virus seperti herpes dan menyebabkan saraf muka membengkak. Saraf membengkak dalam saluran tulang yang sempit ini menyebabkan kerosakan dan perencatan saraf. Kegagalan saraf muka menyebabkan mata tidak boleh dikerdip dan tutup, pergerakan bibir dan lidah terganggu, air liur meleleh dan hidung seakan jatuh. Selain itu, bell’s palsy juga mungkin ada kaitan seperti trauma, faktor sekeliling, emosi yang tidak stabil.

Kira-kira 50% pesakit boleh pulih dalam masa 2-3 minggu. Walaubagaimanapun, ada sesetengah kes yang boleh pulih dalam tempoh 10 hari tanpa rawatan khusus. Antara 35-40% mengambil masa sehingga setahun untuk pulih dan hanya 5% yang tidak dapat pulih sepenuhnya.

Pembedahan Jika Berlarutan

Kebiasaannya doktor akan memberi pesakit steroid dengan dos yang tinggi pada peringkat awal sehingga tempoh dua minggu. Sesetengah pesakit tidak memerlukan rawatan khusus bergantung kepada tahap pesakit. Pesakit yang mengalami lumpuh sepenuhnya sehingga mata dan mulut tidak boleh ditutup, rawatan dengan pembedahan membetulkan saraf muka perlu  dijalankan. Pesakit perlu mendapatkan rawatan awal dalam masa 48 jam selepas diserang Bell’s palsy bagi memudahkan proses rawatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge