travel

Bus Ipoh ke KLIA

Baru-baru ini, kami semua isteri menunaikan umrah. Umrah kami bertarikh 26 Februari 2019. Kami memilih pakej Andalusia untuk umrah kali ini. Boleh baca artikel berkenaam pakej ini,

https://zatiramlee.com/pakej-umrah-andalusia-terbaik/

Penerbangan kami dari KLIA ke Jeddah pada pukul 10.10 pagi. Nak gerak dari Ipoh pagi tu takut kelam kabut kan. Jadi, kami gerak ke Kuala Lumpur 25 Februari 2019 iaitu hari sebelumnya.

Kalau nak drive dan parking kesana memang sangat tinggi kos. ye la, mahal kot parking kat KLIA tu kan. Nak suruh, family hantar pun kesian plak. Lagipun adik aku nak kahwin baik dia simpan cuti untuk kahwin dia kan. Jadi kami bercadang naik bus je dari IPOH ke KLIA. Flight takde pun sebab dekat sangat kot.

Tugasan pertama adalah survey bus untuk ke KLIA. Macam biasa aku survey internet je. Selama ni memang tau satu company je yang pergi ke KLIA. Rupa-rupanya banyak je.

Antaranya,

Starmart, YOYO, Star Express dan banyak lagi.

Dari hasil kajian aku, Star Mart RM30, YOYO RM45. Tetapi waktu perjalanan Star Mart tak banyak jadi mungkin itu sebab murah kot. Kalau YOYO harga agak mahal sedikit tetapi masa perjalanan kalau tak silap setiap sejam. Kami pun takde urusan apa di Kuala Lumpur untuk dikejarkan jadi masa perjalanan bukan satu isu besar.

Kesimpulannya kami memilih Star Mart. Jika beli tiket secara online ada diskaun tambahan juga. Tapi rumah kami dekat je dengan stesen bus dan membeli tiket online macam-macam info plak dia minta. Jadi untuk langkah keselamatan kami beli di kaunter je.

Kami sampai agak awal pada hari tersebut. 10-15 minit sebelum bertolak. Ramai juga yang naik bus ni. Ingat hari biasa takde la ramai. Dan yang paling aku suka bus ni sebab sangat on time. Tepat jam 9.30 pagi bus terus berjalan.

Perjalanan sangat lancar, pemandu bawa secara berhemat tapi aku hairan juga kenapa tak sampai-sampai. Rupa-rupanya bus Star Mart ni akan masuk ke Kuala Lumpur dulu. Habis semua stesen bus dia masuk. Dan sebab itu la tiket bus nya lebih murah berbanding yang lain. Baru kami tahu akhirnya. Tapi rappela sebab kami takde urusan penting. Kalau yang nak naik bus dr IPOH ke KLIA dan terus naik flight kalau boleh ambil bus yang direct. Takut makan masa sepanjang perjalanan.


Kami ke KLIA 2 terus. Sebab kami menginap di Tune hotel. Penerbangan ke Makkah di Klia. Tapi tak de masalah, sebab dekat je dan banyak transport dari KLIA2-KLIA. Tune hotel di KLIA2 bagi kami ok la sebab walking distance je dr KLIA2, dan banyak kedai makan. Hotel selesa, bersih, cuma kecik skit la.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge