Uncategorized,  Vitamin C,  Vivix

Cara Mengatasi PCOS secara Semulajadi

Sebelum ini aku pernah membangkit isu PCOS ini. Tujuannya supaya dapat membantu golongan wanita yang masih tidak hamil setelah bertahun-tahun kahwin. Ramai tidak sedar sebenarnya mereka sedang menghadapi masalah PCOS. Sebagai penghidap PCOS saya rasa bertanggungjawab berkongsi dengan anda semua apa yang saya lakukan dan amalkan sehingga masalah PCOS saya semakin berkurang.

” Jika sudah ada PCOS, sampai bila bila awak ada PCOS, ia takkan hilang”

Masih terngiang ngiang kata kata salah seorang doktor pakar yang aku rujuk. Ye, betul katanya. Tapi, jika dah doktor cakap macam tu? takkan kita nak menangis sepanjang hidup. Hidup perlu diteruskan , ye dak. Sekali kita dah kena, kita sebenarnya masih boleh kawal dan berusaha untuk stabilkan haid supaya mudah hamil.

Apa kaitan PCOS, haid dan hamil ni?

Ok, meh nak cerita ringkas, jika anda ada masalah PCOS, ovari tidak dapat menghasilkan telur dengan baik, ada yang tidak dapat hasilkan telur dan macam macam lagi masalah PCOS ni. Jadi bila telur tak berjaya dihasilkan maka period pun takde la. Jika tidak period, sukar untuk merancang waktu subur maka sukar untuk hamil. Sebab tu, simptom mudah PCOS ni ialah tidak datang period dengan teratur.

Perjalanan sepanjang 6 tahun perkahwinan ini untuk mengatasi masalah PCOS ni bukan satu perjalanan yang mudah. Saya didignos menghidap PCOS sekitar tahun 2014-2015. Tak berapa ingat dah. Alhamdulillah hasil pelbagai cara saya ikhtiar period saya kembali normal. Jika dulu setahun hanya 2-3 kali, sekarang hampir setiap bulan wajib datang. Ada sebulan dua je lari sikit. Antara usaha saya untuk merawat PCOS.

Metformin

Pada awal saya tahu menghidap PCOS, doktor yang saya rujuk metida itu ialah Doktor Raofah di Silibin, Ipoh. Doktor memberikan saya metformin untuk merawat PCOS ini. Masalah utama saya dengan metformin ini ialah saya tidak tahan. Kesan sampingan dia adalah rasa loya. Tapi rasa loya saya ni over sangat. Siap muntah tepi jalan. Metformin sebenarnya adalah ubat kencing manis. Tujuannya, adalah untuk mengawal hormon. Seperti kita maklum, PCOS ini berkaitan dengan hormon yang tidak seimbang.

Ovarian Drilling

Dalam hujung tahun 2015 saya dan suami berpeluang berjumpa dengan Dr Hamid Arshat. Siapa tak kenal kan? Doktor pakar sakit puan yang hebat di Malaysia ni. Salah satu suggestion Dr adalah membuat ovarian drilling untuk merawat PCOS ni. Kebetulan ada juga masalah lain tapi katanya boleh dibuat serentak ketika laparoskopi. Ovarian drilling ni Doktor macam drill ovari kita.

Exercise

Ini mana-mana doktor akan sarankan. EXERCISE. Tapi saya sangat yakin tidak ramai yang RAJIN nak exercise ini. Saya pun awal awal rasa malas sangat. Beli kasut pun tak guna juga. Tapi, Alhamdulillah disebabkan nak mengandung tu saya tergerak hati nak berubah. Kalau dulu nak pakai kasut sukan setahun sekali pun susah, sekarang setiap minggu dah wajib. Bila kita exercise, badan kita tak tidur. Hormon hormon pun semakin normal. InsyaAllah period akan teratur dan mudah untuk merancang kehamilan.

Jaga Makan

Jaga makan sangat penting kepada penghidap PCOS. Salah satu masalah PCOS ini ialah kurang sensitif hormon insulin dalam badan. Bila kurang sensitif lama kelamaan boleh menyebabkan kencing manis. Jadi penghidap PCOS perlu mengurangkan makanan dan minum yang manis. Secara tidak langsung hormon makin stabil dan boleh period secara normal.

Makan Supplement

Selain mengamalkan gaya hidup yang sihat, saya memang mengambil supplement. Kebanyakan doktor pakar sakit puan yang saya jumpa memang menggalakan makan supplement. Antara supplement yang saya ambil adalah keluaran Shaklee kerana 100 % bahan semulajadi dan mendapat kelulusan KKM.

Antara supplement yang saya amalkan untuk stabilkan hormon dan period ialah vivix, b complex, vitamin C gla (epo). Dan sebenarnya pada tahun 3 perkahwinan saya telah berjaya hamil. Walaubagaimanapun, Allah lebih menyayangi anak kami.

Kesimpulannya, penghidap PCOS juga ada peluang untuk hamil. Jangan mudah berputus asa. Cuba la pelbagai cara pun supaya boleh stabilkan period seterusnya hamil. Bagi saya, cara yang amalkan sekarang sangat berjaya. Saya tidak lagi bergantung pada ubat untuk datang haid. Syukur.

Untuk dapatkan vitamin Shaklee seperti saya makan, boleh hubungi saya segera.

Izzati Ramlee

012-4701404

Pengedar Shaklee yang dipercayai


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge