Uncategorized

Jual kereta Terpakai di Mudah.my Dengan Harga yang Tinggi

Sedar tak sedar dah 3 biji kereta aku jual di Mudah.my. Tapi bukan la kereta sendiri semua. Kereta family. Kenapa pilih jual kereta di Mudah.my?

 


Kerana jual di mudah.my boleh jual dengan harga yang lebih tinggi berbanding jual kat used car. Boleh dapat Rm3000-4000 extra tau dari jual di used car jadi kenapa nak lepaskan peluang kan. yela sebab kita jual kat direct buyer kan. Sape nak bagi ribu ribu kan. Tapi kena la usaha sikit jugak. Tak susah mana pun. Saya perempuan boleh buat, takkan la uolls tak buat. Senang benor. Cuma setakat ni status kereta yang saya berjaya jual kereta yang dah habis loan di bank dan nak jual cash. Korang jangan risau ramai je yang banyak duit nak beli cash. hehe. Siap berebut rebut lagi tau. Saya terpaksa jual kepada yang offer harga paling tinggi. Lagi satu, sila berhati-hati. Jangan mudah percaya dengan orang orang ni.

4 Cara Mudah untuk Jual Kereta Terpakai Anda di Mudah.my

1. Iklankan di Mudah.my
Tangkap gambar kereta dari pelbagai sisi. Boleh rujuk di Mudah.my. Ikut je step macam mana nak jual kereta kat mudah tu. Ni linknya, klik je.

https://www.mudah.my

2. Tunggu panggilan telefon atau msg daripada pembeli. Jangan terburu-buru. Nego dengan setiap pembeli yang hubungi kita dan tengok mana yang offer lagi tinggi. Pandai pandai la buat ayat. Jangan terus deal dengan customer yang pertama.

3. Hantar pemeriksaan Puspakom. Pemeriksaan puspakom ni boleh je pembeli buatkan. tapi bagi saya lebih prefer kalau penjual buat sendiri. Sebab boleh terus tukar nama di JPJ. Puspakom ni sebenarnya tak la susah mana, anda boleh walk in je dekat Cawangan Puspakom terdekat dan kosnya hanya Rm30 ++. Cuma perlu tunggu je la. Boleh juga upah runner tapi bayarannya akan berlipat kali ganda. Pemeriksaan puspakom ni boleh je buat siap siap sebelum iklankan di Mudah. Anda bawa geran original, kereta dan duit untuk buat pemeriksaan puspakom ini.

4. Jumpa Pembeli. Ada pembeli yang nak tengok dulu. Ada pembeli yang sanggup beli dan bayar booking tanpa tengok pun. Tengok nasib la. Kalau pembeli yang dah bayar booking, so jumpa untuk terus ambil kereta je la dan tukar nama. Tapi ada dua cara sebenarnya untuk pertukaran nama.

Ops, walaupun dia dah bayar, jangan senang senang je bagi kereta kita kat dia. Bahaya tau. mungkin dia kata nanti dia tukar nama sendiri tapi buatnya dia tu penjenayah dan guna kereta tu untuk kerja jenayah. Tak pasal pasal kita plak kena tangkap. Boleh nak bagi tapi buat surat dan tanda tangan depan pesuruhjaya sumpah pembeli dan penjual. Proses ni tak perlu buat PUSPAKOM di no 3 tu. Maksudnya pembeli buat sendiri pemeriksaan puspakom dan tukar nama di JPJ. Tapi cara ni saya tak prefer sangat sebab bagi saya tak selesai lagi dan hati kita jadi tak tenang. hehe
Lagi mudah, lepas dah buat pembayaran penuh, terus pergi JPJ pembeli dan penjual. Terus tukar nama dan bagi terus road tax kat dia. SETTLE. Ingat, JANGAN TUKAR NAMA SELAGI PEMBAYARAN TIDAK DIBUAT YE.. Kalau pergi JPJ ni memang kena bawa report PUSPAKOM tu tau. Kos pertukaran nama ni RM100 je.

Kalau kita jual kereta ni memang harga dia ribu ribu kan. So ada dua cara anda boleh terima duit jualan tu.

1. Melalui transfer online. Kena tukar limit di akaun dia tu supaya boleh tranfer terus semua. Jangan terima kalau dia kata nak tranfer sikit sikit. Bahaya.
2. Melalui cash tapi di bank. Kenapa saya kata di bank, sebab biar dia masukkan duit terus ke dalam akaun bank kita. So takde la kita kire tepi jalan duit cash dia bagi tu. Biar bank yang kira.

Dah selesai jual kereta. Mudah kan?

Itu la tujuan Mudah.my.. Tapi zaman sekarang ni banyak penipuan daripada penjualan yang telus. Jadi kita memang kena berhati-hati tahap maksimum. Kalau nak jumpa pembeli tu better bawa la lelaki juga seorang takut apa apa jadi ada hero. Selalunya hero I suami I la.hehe..

Ok, semoga dapat membantu sesiapa nak berurus niaga dengan mudah.my.
Nak beli or jual kereta boleh melalui Mudah.my tapi kalau nak beli vitamin boleh contact I =)

Izzati Ramlee
012-4701404

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge