Uncategorized

Pakej Umrah manakah yang terbaik?

Setiap umat Islam mesti nak tunaikan umrah atau haji dalam hidup. Jika ada keinginan itu InsyaAllah kita sudah dipanggil menjadi tetamu Allah ke Baitullah Makkah Al Mukarramah. Wang ringgit bukan sebab utama kita dapat menunaikan umrah. Panggilan Allah itu yang penting. Ada orang kaya, tapi dia tiada keinginan pun nak kesana. Ada orang yang hanya jual nasi lemak tapi dapat pergi setiap tahun. Allahuakbar.

Tetapi yang menjadi persoalannya, Nak ambil pakej mana kalau nak ke umrah ni??? Iklan di Tv bukan main banyak tapi mana yang terbaik. Bukan apa takut takut dapat buat Umrah kat KLIA je. Banyak kes penipuan sekarang ni.

Alhamdulillah baru baru ni, aku dan suami memilih Andalusia Travels & Tours untuk menunaikan umrah. Secara keseluruhannya kami sangat berpuas hati dengan perkhidmatan yang ditawarkan. Walaupun jemaahnya ramai sangat tapi semuanya masih terkawal. Dan yang paling aku suka setiap program di sana mengikut jadual dan masa ditetapkan kecuali ada masalah yang tidak dapat dielakkan.

Antara kelebihan Andalusia

  1. Andalusia menggunakan Chartered flight iaitu semua penumpang di dalam flight adalah jemaah Andalusia dan anak syarikat Andalusia. Jadi memang sangat selesa. Kapal terbang yang ditawarkan juga adalah Malaysia Airlines atau Saudi Airlines.
  2. Andalusia merupakan agensi pelancongan yang sudah bertapak di Malaysia berpuluh-puluh tahun. InsyaAllah tiada masalah berkaitan Visa.
  3. Andalusia mempunyai banyak cawangan di seluruh Malaysia. Kami tinggal di Ipoh sangat mudah berurusan dan menghadiri kursus umrah.
  4. Andalusia mempunyai ratusan mutawif yang berpengalaman yang akan membantu jemaah sepanjang di Makkah dan Madinah.

Andalusia juga menawarkan beberapa pakej mengikut citarasa kita. Ada yang dekat dengan masjid harga lebih mahal sedikit, ada yang jauh sedikit dengan harga yang lebih rendah. Tapi bagi aku harga Andalusia masih berbaloi. Oh, lupa nak bagitau. Untuk pendaftaran di Andalusia hanya Rm300 sahaja. Boleh mendaftar melalui online atau pun terus ke pejabat Andalusia.

Jika rasa ingin mencuba agensi lain. Silakan. Aku tak dapat share pun dengan Andalusia ni. hehehe. Tapi sila cek dulu dalam senarai agensi yang diiktiraf. Ni link nya.

http://www.motac.gov.my/semakan/umrah

Selamat menunaikan Umrah! doakan yang baik baik InsyaAllah semuanya berjalan dengan lancar. Banyakkan exercise sebelum pergi kerana di sana banyak berjalan. Dan jika ingin dapatkan supplement nak bagi sentiasa bertenaga boleh hubungi saya je. =)

Izzati Ramlee, 012-4701404


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge