Uncategorized

PCOS punca tidak subur. Kenali punca dan simptomnya.

PCOS atau nama panjang nya Polycystic Ovary Syndrome  merupakan masalah yang dihidapi oleh wanita. Dalam satu kajian 70 % wanita tidak tahu mengalami masalah ini sehingga la dia mengalami kesukaran untuk hamil.

Apa kaitan PCOS dengan tidak subur?

Semasa kitar menstruasi, ovari akan mengeluarkan telur (ovum). Proses ini dinamakan ovulasi dan berlaku setiap bulan. Kemudian, ovum in akan disenyawakan dengan sperma dan membentuk anak. Ovum yang tidak disenyawakan (tidak bersama) akan jatuh sebagai darah haid.

Tetapi, jika menghidap PCOS, ovulasi gagal berlaku atau berlaku tidak tetap setiap bulan. Jadi mengalami kesukaran untuk merancang kehamilan.

Punca-punca PCOS

Sehingga kini tiada punca tetap yang dapat dirungkai tetapi terdapat beberapa faktor yang mungkin menyebabkan PCOS

  • Hormon Insulin Kurang sensitif .Hormon insulin dihasilkan oleh pankreas untuk mengawal kandungan gula dalam badan. Jika sel badan kurang sensitif kepada hormon insulin, maka gula dalam darah akan meningkat dan tidak dapat ditukarkan kepada tenaga. Secara tidak langsung hormon insulin terpaksa dihasilkan lebih banyak oleh pankreas supaya gula dalam darah kembali normal. Hormon insulin berlebihan menyebabkan peningkatan andragen (hormon lelaki) yang akan menyebabkan masalah ovulasi.
  • Genetik. Terdapat kajian menunjukkan genetik juga mempengaruhi PCOS. Jika ada ahli keluarga penghidap PCOS, anda juga mungkin penghidap PCOS.
  • Keradangan. Wanita penghidap PCOS berisiko mengalami keradangan dalam badan. Berat badan berlebihan juga punca mengalami keradangan. Masalah keradangan menyebabkan peningkatan andragen.

Simptom -simptom PCOS

  • Haid yang tidak teratur. Tidak datang haid, tidak tetap atau haid yang berpanjangan salah satu simptom ketara anda penghidap PCOS.
  • Pertumbuhan bulu. Penghidap PCOS mengalami pertumbuhan bulu yang luar biasa seperti di dada, belakang. Selain itu, wanita PCOS juga tumbuh misai disebabkan peningkatan hormon andragen.
  • Jerawat. Wanita dengan jerawat umpama musuh ketat. Jika anda mengalami masalah jerawat yang serius, mungkin anda penghidap PCOS.
  • Peningkatan berat badan. 80 % penghidap PCOS mengalami masalah berlebihan berat badan dan obesiti.

Jika anda mengalami simptom-simptom di atas jangan risau. Setiap penyakit pasti ada ubatnya. Tetapi tidak cukup hanya baca artikel saya ini. Anda wajib berjumpa doktor jika mengalami simptom -simptom ini untuk pengesahan. Dapatkan konsultasi terbaik.

PCOS JUGA BOLEH HAMIL! percaya itu. InsyaAllah akan tiba masanya untuk mendapat zuriat sendiri.

Saya juga PCOS. Tapi Alhamdulillah semakin pulih. Jika dulu period hanya datang 1-2 kali setahun. Sekarang dah kembali normal sebulan sekali. Kadang-kadang je lari sikit.

Ingin tahu macam mana saya kurangkan masalah PCOS saya? Tapi, PCOS takkan boleh hilang jika anda memang penghidap PCOS. Kita hanya boleh kawal dan pastikan period berjalan lancar supaya mudah hamil. Saya juga pernah berjaya hamil.

Boleh hubungi saya untuk saya bantu dan berkongsi cerita.

Izzati Ramlee, 012-4701404

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge