Uncategorized

Pembahagian Harta Orang yang Sudah Meninggal Tanpa Upah Peguam

Saya percaya ramai yang blur blur apa perlu buat jika ada waris yang meninggal dunia. Apa langkah yang perlu dibuat. Ok saya akan cuba terangkan serba sedikit apa langkah yang perlu dibuat berdasarkan pengalaman uruskan harta abah. Banyak ke sikit ke masih perlu diuruskan.

 

Langkah pembahagian harta

Langkah Pembahagian Harta

1. Pergi ke UNIT PEMBAHAGIAN PUSAKA KECIL. Kalau di Ipoh, ia teletak di Tingkat 4, Bangunan KWSP, Jalan Greentown, 30450 Ipoh, Perak.
– Unit ini akan menyediakan beberapa borang untuk diisi. Antaranya borang untuk senarai harta, dan lagi satu borang ahli waris yang tidak dapat hadir di hari perbicaraan dan yang setuju harta diberikan mengikut perbincangan kata sepakat (lebih kurang begitu la). Isi borang ini memakan masa, perlu isi di rumah.

2. Senaraikan semua harta yang dimiliki dalam borang yang disediakan. Rumah, kereta, duit cash, duit dalam bank. Segala-galanya harta yang ada tidak kira sedikit atau banyak.

3. Bagi waris yang tidak dapat hadir isi borang yang diberi dihadapan mana-mana pesuruhjaya sumpah. Harta akan diagihkan mengikut faraid atau persetujuan semua waris.

4. Pergi semula ke Unit Pembahagaian Pusaka Kecil dan serahkan borang yang sudah lengkap. Kemudian tunggu tarikh perbicaraan.

5. Pada hari perbicaraan, bawa semua dokumen yang diperlukan seperti grant kereta, grant rumah dll. Pegawai akan senaraikan selalunya apa perlu dibawa ketika di langkah 1. Semua waris wajib hadir dan bagi yang tidak dapat hadir perlu bawa borang yang saya maksudkan di Langkah 1.

6. Tunggu surat kuasa dikeluarkan dan boleh mula membuat pertukaran nama dan sebagainya.

Sesiapa yang rasa ala lecehnya, saya takde masa la nak buat sendiri. Takde masalah.. Boleh je upah peguam. Sediakan duit je.. =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge