Uncategorized

Rawatan PCOS dan Kehamilan dengan Dr Hamid Arshat

Assalamualaikum. InsyaAllah hari ni zati nak sambung share treatment apa yang zati lakukan untuk mengatasi masalah PCOS. Setelah mendapat rawatan daripada Dr raofah, zati cuba minta pendapat dengan Dr lain pula. Kali ni kami buat appoinment dengan Dr Hamid Arshat. Demi anak,sanggup ke KL. hehe.Tapi bukan senang tau nak dapat jumpa Dr hamid Arshat. Hampir 8 bulan tunggu baru sampai turn kami. Yela, doktor pakar sakit puan famous kat Malaysia sejak dari zaman mak mak kita lagi. Appoinment itu dalam bulan Nov-Dis 2015. Korang boleh je call dulu untuk dapatkan tarikh appoinment.

Kami gerak ke Kl sehari sebelum appoinment sebab nak sampai awal pagi dekat klinik. Nervous jugak nak jumpa Dr Hamid. hehe. Bila sampai turn, zati disuruh masuk bilik lain dengan suami. Rupanya saya masuk ke bilik scan terus, suami pulak masuk bilik Dr Hamid. Sebelah sebelah je bilik. Ada nurse or doktor perempuan yang akan masukkan alat scan melalui vagina. Benda tu agak kurang selesa n sakit sikit. Doktor Hamid akan tengok melalui skrin kat bilik dia n dengar dia cakap, INI PCOS. Sama la macam Dr Raofah diagnos. Erm. Bila selesai scan, saya disuruh masuk bilik Dr Hamid dan Doktor Hamid pun terangkan la apa itu PCOS. Tapi doktor cakap tak cukup scan je, kena cek tiub. Kalau tiub ok baru boleh plan. Suami pula kena test air mani. Tapi suami zati plan nak cek kat BP lab kat IPOH je, cuma cek tube kami buat di lab KL. buat hari yang sama. Maka bergerak la kami terus ke lab tu kat area mana ntah tak ingat tapi jangan risau memang Dr Hamid bg alamat semua. Test tu nama dia HSG. Tahun 2015 kos dalam RM200 lebih je. tapi ada kawan baru buat tahun 2017 dah RM700 lebih. Fuh HSG ni sakit. Test ni masukkan tiub ke dalam vagina kita dan spray dye berwarna ke tiub. Kalau color tu bergerak ke tiub maksudnya ok la. kalau tak bergerak, tersumbat la maksudnya. Sakit sangat tapi kena tahan je la. Die tambah sakit lepas selesai. Tapi sebab pikirkan nak anak, tempuh juga. Result HSG dapat hari yang sama. Tunggu sekejap je. Dr Hamid ada pesan jumpa dia lepas cek tiub atau boleh call je bagitau result n set appointment baru. Kami pun plan call je la set appoinment sebab dah letih jugak. Sebenarnya dah plan nak ke IKEA juga hehehe. (sempat lagi tu).

Tapi………..
Bila nak keluar dari kawasan lab tu, zati pun bukak result tu, rasa macam yakin takde apa apa masalah selain PCOS. Tapi salah sama sekali!!! Result HSG tu menunjukkan kedua-dua tiub fallopio saya tersumbat. Allah, rasa gelap dunia. terus cancel IKEA ke apa. nak pg jmp Dr Hamid terus. Kami gerak ke Klinik Dr Hamid balik. Dapat terus jumpa. Tunjuk result tu, Dr Hamid kata ada dua cara je untuk saya pregnant. sama ada IVF kos Rm10K keatas atau pun pembedahan laparoskopi dalam RM7K. Laparoskopi ni boleh clearkan tiub n buat ovarian drilling untuk atasi masalah PCOS. Kami suami isteri minta masa kat doktor untuk fikir dulu. Dr kata takpe pikir, nanti call je untuk buat mana mana. Sangat mudah.

Kami terus bergerak balik ke Ipoh. Macam macam pikir. Zati dah pikir mesti mak mertua suruh suami kawen lain sebab tak dapat bagi anak. haha. banyak tengok drama sangat. Suami pun ada utarakan amik anak angkat je. Waktu tu rasa diri serba kekurangan. Air mata tak tau la berapa gelen dah keluar. Padahal suami sangat supportive.

Setelah kami fikir fikir kami setuju buat pembedahan Laparoskopi. Untuk long term better buat pembedahan. Zati pun telefon je klinik dan rezeki kami ada kekosongan bulan Februari 2016. tak lama pun kami tunggu untuk dapat turn pembedahan.

InsyaAllah next post,saya akan ceritakan pengalaman buat laparoskopi pula ek. tunggu..=)

Zati ada amalkan pemakanan supplement yang disarankan doktor Hamid juga. Dan zati amik brand Shaklee kerana 100% semulajadi.

Untuk dapatkan vitamin Shaklee, jom hubungi zati segera. Zati akan kongsikan vitamin yang sesuai mengikut masalah dan kesihatan anda.

Izzati Ramlee
012-4701404
Pengedar Shaklee Ipoh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge