Uncategorized

Resepi Tomyam Abah yang Meletup

Arwah abah memang penggemar tomyam. Tapi dia bukan je suka makan tomyam tapi dia sangat berusaha untuk belajar macam mana nak buat tomyam yang sedap. Masalahnya dia bukan google je untuk belajar, dia cari sifu tomyam.

Siapa sifu tomyam abah?

Chef atau tukang masak di restoran-restoran. Ye! Apabila abah makan tomyam di mana-mana restoran yang sedap. Dia akan ulang pergi banyak kali sampai la dia berkenalan dengan tukang masak. Bila dia dah berkenalan, dia akan mula risik risik resepi tomyam. Ada yang jadi kawan pun. Bukan satu tukang masak tapi ramai. Kebanyakkannya restoran yang tukang masak nya masak secara terbuka. Itu la peluang yang abah ambil.  Maknanya banyak restoran yang dia cuba. Punyala gigihnya abah.. Bila balik rumah, dia akan cuba masak apa yang dia belajar. Ada yang jadi, ada yang tidak.

Tapi abah tak pernah berputus asa. Dia cuba dan cuba sampai la dia berjaya hasilkan satu hidangan tomyam yang sangat sedap! Sesiapa je yang nak datang rumah, pasti akan ada menu tomyam dihidangkan. Kawan-kawan zati memang sangat kenal abah dengan menu tomyam dia. memang meletup! =)

Aku sempat belajar dengan abah, tetapi selepas abah meninggal hampir 2 tahun aku tak mampu nak buat tomyam. Tak cukup kuat. Jadi bila ada kekuatan resepi tu ingat ingat lupa. jadi meh zati share menu tomyam versi abah. Minta maaf memang tak dapat sama dengan versi abah sebab mungkin ada yang tertinggal.

 

Resepi Tomyam Versi Abah

Bahan-bahan 

Paste tomyam, bawang besar, tomato, lengkuas, serai, daun limau purut,air limau purut, ayam, udang, sotong, cili padi.

Cara-caranya

  1. Rebus bawang besar dan tomato yang dipotong besar.
  2. Masukkan paste tomyam (kami pakai paste thailand)
  3. Masukkan ayam,udang atau sotong.
  4. Masukkan serai yang diketuk dan lengkuas.
  5. Masukkan sayur- sayuran seperti cendawan, lobak, seleri.
  6. Masukkan air dan daun lima purut.
  7. Masukkan cili padi dan rasakan dengan garam.

Siap! Jemput tengok video di youtube ini cara cara memasak tomyam versi abah ni. =)

https://www.youtube.com/watch?v=CBOijrFw4rw

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge