Uncategorized

TIPS MENGATASI MASALAH PCOS AGAR CEPAT HAMIL

Saya dan suami sudah berkahwin 6 tahun lebih. Setiap pasangan mesti idamkan anak kan. Macam tu juga la kami. Macam macam usaha kami buat supaya cepat hamil. Pelbagai rawatan dah pergi. Asal orang cakap je tempat tu bagus, pergi. Tradisional, moden semua ada. Kalau tidak silap, kami start serius dengan rawatan doktor apabila masuk tahun kedua perkahwinan. Kami pergi ke klinik Raofah di Silibin, Ipoh. Bila doktor scan doktor sahkan saya menghidap PCOS. Terpinga pinga juga tak pernah dengar, cepat cepat la google PCOS dan cara mengatasinya.

APA ITU PCOS?

PCOS itu berkaitan ketidakstabilan hormon dalam badan wanita dan kerintangan insulin (sebab tu la dapat ubat kencing manis). Ovari menghasilkan telur Senang cerita PCOS ni la yang mengganggu kesuburan seseorang wanita.

ADAKAH METFORMIN DAPAT MENGATASI MASALAH PCOS?
Memang tidak dinafikan Metformin dapat merawat PCOS. Metformin dapat mengawal hormon dalam badan maka kesuburan dapat ditingkatkan. Waktu saya berjumpa doktor, beliau ada juga sertakan ubat Metformin. Metformin ni ubat kencing manis tau. Ingatkan makan ok je. Tapi rupanya bila kita ni takde kencing manis, bila makan badan tolak. Dahla kena makan 3 biji sehari kalau tak silap, lepas makan je saya akan rasa loya. Seolah-olah mengandung. Selepas makan saya jadi stress, tak boleh buat kerja, badan jadi lesu. Saya mengambil keputusan untuk stop makan metformin dan ikhtiar cara lain. Doktor Raofah juga ada cadangkan beberapa cara untuk merawat PCOS ni.

  1. TUKAR BENTUK PEMAKANAN
  • Elakkan makan makanan yang diproses. Makanan fast food juga dilarang tau , KFC, MCD semua tak boleh.
  • Banyakkan makan sayur kekacang.

2. BERSENAM

Senaman dapat mengurangkan kerintangan insulin. Oleh itu, hormon testosteron dapat dikurangkan dan kandungan gula lebih stabil.

3. KAWAL EMOSIĀ 
Ok ni part paling susah. Bila hormon tak stabil, emosi akan turut tak stabil. kejap rasa nak marah, kejap ok. Mujur la ada suami yang penyabar. Jadi untuk mengatasi masalah PCOS ni kena juga kanal. Banyakkan amalan amalan rohani, mengaji, sembahyang sunat. InsyaAllah..


Jika anda penghidap PCOS dan ingin ikhtiar dengan makanan tambahan, jom hubungi saya segera. Ramai penghidap PCOS yang berjaya hamil. tidak mustahil anda tidak berjaya. Semuanya bukan kuasa kita .yang penting kita kena berusaha.


JOM KITA BEBAS DARI PCOS!!!

IZZATI RAMLEE
012-4701404

PENGEDAR SHAKLEE IPOH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge