GLA,  Vivix

Stabilkan Period secara Semulajadi

Sejak berkahwin awal tahun 2013, period atau haid aku tiba tiba tak normal. Awal-awal buat tak tahu je tapi bila makin lama makin risau. Untuk mengandung, aku perlu period. Stress, kecewa semua ada dalam diri. Pada awalnya, aku hanya pergi berjumpa doktor biasa. Alasannya mudah, STRESS. Tambahan pula, aku tengah sibuk siapkan tesis. Memang stress.

Tahun ke tahun, period tak datang. Bayangkan setahun dua tiga kali je datang. Sebelum kahwin, setiap bulan datang period. Nak kata mengandung, tidak. Aku makin stress. Aku berjumpa doktor pakar sakit puan kali ni. Sejak itu la, aku baru tahu aku yang aku mengalami PCOS.

Boleh baca beberapa artikel aku pasal PCOS sebelum ni. Banyak yang aku kongsikan.

Bila aku berjumpa doktor dan mengadu berkenaan haid yang tidak kunjung tiba, aku diberi ubat untuk period. Aku makan, dan berjaya period. Tetapi ia hanya berlaku sebulan. Bulan depannya tak datang balik. Sampai terdetik dalam hati, takkan nak makan ubat sampai mati baru datang period.

Masalah ini selesai apabila aku buat pembedahan ovarian drilling dengan Dr Hamid Arshat. Selepas pembedahan, period normal kembali. Setiap bulan datang. Seronok bukan main dan masuk bulan keempat aku disahkan mengandung. Ya Allah seronok bukan kepalang. Tetapi Allah lebih menyayangi anak kami, aku keguguran.

Setelah keguguran, period aku kembali tidak normal. Sekali lagi doktor salah satu hospital swasta di IPOH yang aku jumpa bagi ubat datang period. Tapi macam biasa, bulan berikutnya tak datang juga. Aku dah putus asa dengan period aku. Akhirnya aku tukar doktor. Aku rujuk dengan pakar sakit puan hospital kerajaan. Aku nak period sebab aku nak mengandung.

Bila ujian semua normal kecuali period, aku pun tanya doktor. Macam mana nak bagi period? ada ubat?

Doktor tu begitu tegas menjawab, NO! kami tak bagi ubat. Tunggu period datang secara normal.

Akhirnya, ada juga doktor yang tak bagi ubat. Aku tawakal. Aku ikthiar dengan makan supplement. Alhamdulillah, rupa-rupanya bila minde kita set boleh period secara normal maka badan akan berfungsi secara normal. Mindset. Supplement bukan mendatangkan period tapi memastikan fungsi tubuh berfungsi secara normal.

Sejak itu, period aku normal. Setiap bulan datang. Hanya ada sebulan dua lari sikit. Alhamdulillah.

Jadi, jika anda mengalami masalah masalah yang sama boleh cuba beberapa supplement ini. Hubungi saya segera..

Izzati Ramlee, 012-4701404

Cadangan Supplement

VIVIX

Minuman botani yang lazat

GLA Complex

Izzati Ramlee, 012-4701404


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge