travel,  Uncategorized

Tempat-tempat Menarik di Penang

Cuti-cuti sekolah, mesti ramai plan nak bercuti kan. So zati share sikit trip kami tahun lepas ke Penang.  Di kala orang lain ke krabi, ke bali, ke singapore. Laki ku bertekad nak pergi penang. sebagai isteri kita follow je. Tapi trip kali ni memang sungguh sungguh jalan cari makan. Sampai 4 hari 3 malam. hehe. Kebetulan ada kawan suami pun nak pergi penang so kami rancang sekali. Jadi terasa nak share tempat tempat menarik di Penang yang kami pergi.. kot kot korang nk pergi nnt ke kan boleh la membantu serba sedikit.


Design Village

Hari pertama odw nak ke Penang, kami singgah kat DESIGN VILLAGE. Design village ni terletak kat bandar cassia odw nak ke penang melalui jambatan kedua. Kiranya design village terletak dekat Penang bahagian tanah besar. Ni outlet shopping mall terbesar katanya. Bagi aku best jugak la design village ni. Hampir semua barang yang aku dan suami nak ada. So far design village ni takde la brand brand yang mahal sangat sangat. Dia banyak brand yang average. So mcm sesuai la untuk kebanyakkan pengunjung. Butik paling mahal pun rasanya ada coach je. Butik butik lain yang biasa ada kat shopping mall kat Ipoh tapi dapat harga lebih murah. Sebagai contoh kalau purse leather brand bxxxx rm400 lbh kat situ dapat la rm200 lbh. Mcm tu la perbandingan boleh dibuat.

Kalau yang minat masuk sukan pun blh rambang mata, skechers, brooks, royal sporting house, adidas semua ada. Kalau kat butik biasa kasut rm400 lbh situ dapat rm200 lbh jgk. Jadi kalau nak p cuci mata kat design village memang tak rugi.Kat situ kami makan kfc je. Sebab xtau nak makan apa sangat kat situ. Waktu tu pun sedar lapar dekat kul 3. Punya cuci mata tak sedar tak lunch lagi. =) Dah habis tawaf situ baru kami gerak ke Penang bahagian pulau.

Queensbay

Destinasi seterusnya adalah Queensbay. Queensbay ni merupakan pasaraya yang antara terbesar di Penang. Dulu,waktu belajar kat USM memang ni la tempat lepak sebab dekat je.  Pergi Quensbay kali ni sebab ada restoran kami nak makan dan restoran tu xde kat Ipoh. Apa pun makanan nye sangat mengecewakan. Jadi jalan jalan cari makan kami tak berapa jadi sangat untuk hari pertama. =(. Tapi kat sini kalau korang nak shopping best jugak. banyak butik dan kedai boleh jamu mata.

 

 

Universiti Sains Malaysia

Selesai kat Queensbay, kami gerak ke Universiti Sains Malaysia (USM). Pg throwback la sikit sikit zaman belajar dulu dan singgah sembahyang kat masjid usm. Seronok tengok banyak juga perubahan.

Neo + Hotel Georgetown

Dah selesai baru gerak ke hotel untuk check in. Kami book Neo + hotel di Georgetown. Hotel ni memang terletak tengah tengah pekan. Agak strategik untuk mulakan aktiviti jalan jalan cari makan.. Hotel ni bilik dia agak kecik la (lupa nak tangkap) tapi fasiliti dia best, tambah tambah swimming dia dekat roof top, memang feel swimming sambil tengok menara komtar tersergam indah. =)

Ok tu je la cerita hari pertama kami kat penang. Banyak aktiviti shopping je sebenarnya. hari kedua baru kami layan jjcm penang. Itu dalam post yang lain ye.

Bukit Bendera

Dan lokasi yang dituju pada hari ketiga ialah BUKIT BENDERA. Bukit bendera sekarang dah banyak perubahan tau. Parking pun dah ada parking bertingkat so takde masalah parking sangat. Tapi bila sampai kat kanter tiket, mak ai, ramai teramat. Nak beli tiket satu hal, pastu kena beratur lak kali kedua untuk naik tren. Ada dengar orang orang kat situ kata dekat 3 jam tunggu untuk dapat naik. Mujur ada tiket fast lane. Tiket ni mahal sikit RM40. Kalau yang biasa RM10. tapi tak perlu nak beratur lama untuk naik tren. Ala ala VVIP gitu. TApi kalau plan nak pergi, better beli tiket online. Macam waktu kami pergi, nak beli tiket fast lane pun kena tunggu 1 jam sebab ramai sangat.

Bila dah sampai atas, memang banyak perubahan. Banyak tmpt dah direnovate. Berbaloi la sejam tgu. Memang cantik dan banyak aktiviti kat atas tu sekarang. Sediakan duit ja haha. Kami jalan-jalan je pastu teruskan usaha jjcm kami. Pergi kat food court die. Ada byk byk jenis ais kacang yg viral tu. Fuh rambang mata, tapi share je ngn suami sebab besar. 

 

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge